Perlu beg besar ni bukan sebab nak letak pets dalam beg itiew ye mcm Samantha Jones dalam Sex and the City tu kann.. Letak anjing dalam beg pegi party katanyer.. Beg dalam filem u ols mmg ada Label la. Tapi bagi kita.. sekadar beg yang cukup untuk barangan keperluan dah la kan.. terfikir dengan keadaan ni coz semalam while tgk cite Big Fish kt Astro at Yasmin. With CA sbb dia lapar.
So.. tanpa ku sedari kotak rokokku telah kosong atau dikosongkan.. apa yang penting memang kosong. Jadi kesimpulannyer kena beli rokok la. Dengan jalan yang bagaikan model Victoria Secret mek pn beli la rokok kt kedai sebelah.. Ahmediah.
Well.. sebelum ni mek pilih Dunhill. Disebabkan Dunhill still dgn harga lama. Ketegaq biji apa pn tataw. Tak turun-turun harga dia. Mek switch to Pall Mall. 20 pcs baru RM5.90. tapi mek dah beli berkali2 dah la. Bangga dgn kebijaksanaan mek tau harga itiew. Erk..! kena bangga ka..?
Jadi mek pn mengeluarkan duit kecil secukupnyer RM5.90 dan berkata : “Rokok Pall Mall besar merah satiew”. Mamak tu dgn buat-buat muka kiut pun terus amik dari lemari dia dan letak atas meja. So.. apa lagi kann.. mek pn kasi angkat la itu rokok. Rokok kotak itu jugak ada besar sikit. Dalam hati dok la kata psepa besaq tataw.. kotak pesyen baharu kot.. Emm..
Tiba-tiba.. Aney kedai tu pn panggil balik.. : “Aeii.. duit bagi tarak cukup la” Mek pn dengan gaya sopan santun mek apa lagi. Kalih ja muka mcm photoshoot Janice Dickinson lah.. dan berkata dgn perkataan yang sopan : “Mmm..??” Aney kulit hitam dgn kain pelikat tataw la basuh ke tak tu ulang sekali lagi : “ Duit tarak cukup la, mana lagi nam kupang”
Mek pn dalam hati. Hish.. Aney ni. Aku nmpak semakin kecik jer mcm botol kicap. Terus mek berkata-kata “ Apa tak cukup plak, Dah 20 batang lima ringgit sembilan kupang la”
Mek trus menganggap memang aney tu saja up harga rokok ni. Walaupun mek ni nmpak mcm bukan hisap rokok. Mulut merah macam delima merekah. Tapi dah hisap rokok sejak.. Ops!!(terpaksa rahsia.. nanti bila adik ipar mek dan adik mek yg selalu melawat blog mek ini… maka pecah rahsia ini.. jadi Biarlah Rahsia.) Kita sambung ye anak-anak.
Mamak hitam tu memang up.. tapi bukan harga rokok. Dia up batang rokok. Sekarang Pall Mall yang paling besar ada 25 batang, harga pn lain la.. RM6.50. Still berbaloi la kalau banding dengan Dunhill cekik darah itiew.
Patut la packing besar. Rupanya lebih banyak racun yang mek beli. 25 batang woo..!! So.. bukan mek tak mau tambah duit RM0.60 tu. Mek selesa dgn kotak medium 20 pcs. Sebab beg LV mek tu cukup-cukup compartment dia utk 20 pcs. Klau 25 pcs nti kotak tu jadi herot petot mcm budak irritating yang menganggu CA di Kenari malam yang sama itiew..
Tu la.. lain kali beli beg besar mcm Lady. Senang kann.. klau dia beli rokok yg packing 50 pcs pn bleh sumbat lagi.. Will I.. Will not..Will I.. Will Smith.. tak jadi. Lagi banyak beli.. Lagi la dok gila hisap rokok. Biarlah tak untung sangat asalkan match dengan kadar penggunaan nikotin dalam badan. Tak berlebihan.. hehe..
Rajin-rajin lah bersukan (aku pung segang nak mampuh.. Kann..)
Jangan buat silap seperti mek tau.. “Maluuuuu…”
0 comments:
Post a Comment